Thursday, February 04, 2010

APIS Bakal Bertandang ke MCKK

Kuala Lumpur, -Khamis. Pada Sabtu dan Ahad (6&7 Februari 2010) insya ALLAH pihak APIS akan bertandang ke SBP tertua di negara ini, ya’ni MCKK bagi menjayakan Program Pemantapan BANI (MANTAP) MCKK buat julung kalinya. Program ini diadakan khusus bagi mempertingkatkan kemahiran dan nilai-nilai kepimpinan Islam kepada exco dan para pelapis exco Badan Nahdhah Islamiah MCKK (BANI). Turut menjayakan MANTAP ialah pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Kunjungan ke MCKK menjadikan penglibatan yang kedua oleh APIS dalam membantu memperkasa peranan BADAR di SBP setelah kunjungannya ke SMS Johor di Kluang pada 24 Januari 2010 yang lalu.

Kita mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar, mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH dalam usaha untuk melahirkan generasi rabbani yang unggul dan gemilang dalam segenap aspek kehidupan.

Pihak APIS amat mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana SBP yang lain dalam menganjurkan program yang bersifat begini, ya’ni kursus pemantapan BADAR.

Friday, March 27, 2009

AL_QURAN


Assalamualaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh

Moga-moga kita semua dirahmati ALlah SWT
Cuma nak tarik perhatian kita dengan al-Quran. Berapa cepat kita boleh jawab atau imbas fakta mengenai al-Quran?
1) Jumlah surah dalam al-Quran.
2) Jumlah juz dalam Quran.
3) Jumlah surah-surah Makkiyah dan surah-surah Madaniyyah.
4) Nama surah pertama, tengah dan terakhir.
5) Surah terpanjang dan terpendek.
6) Ayat pertama dan terakhir diturunkan.
7) Turutan nama-nama surah dalam al-Quran daripada awal sehingga akhir.
8) Berapa banyak ayat yang kita hafaz daripada al-Quran dengan tajwid yang betul?
9) Siapakah yang mencadangkan catatan al-Quran dibukukan? Kenapakah beliau mencadangkan al-Quran
dibukukan?
10) Sebanyak manakah kita membaca al-Quran dalam sehari?

Soalan-soalan ini bukan nak mencabar . Bukan untuk berlagak. Kalau nak dikatakan kuiz, bolehlah dikatakan kuiz untuk diri kita sendiri.

Fikir-fikirkanlah.......

PERBINCANGAN BERNAS


Free shoutbox @ ShoutMix